Selasa, 2 Oktober 2012

HOPE 2012

Mmmm...apa itu HOPE 2012.  if u guys nak tahu itu ialah Event bersama adik-adik Peyakin(Anak Yatim). tak percaya..hehehehe..Event ini dibuat kerana ini adalah salah satu course Event Management UITM.  Aien kena buat event.  fikir punya fikir budak kelas nak buat charity memandangkan lepas puasa..Kami memilih PEYAKIN. Event tue ada ceramah, aktiviti dan dinner MCD bersama adik-adik Peyakin. U guys nak tahu group Aien menang untuk Group yang paling sporting(tengoklah kakak Aien dia). Banyak Aien Pelajari dari event ini. Aien rasa bersyukur sangat kerana masih mempunyai mak&abah. Insyallah aien akan jaga diorang(sedey lah plak).  U guys tahu sampai sekarang one of adik Peyakin still contact aien..Aien harap adik-adik Peyakin enjoy dengan kakak dan abang ini. 
Will miss u all HOPE
HOPE2012 Play Laugh Grow

Adik-adik Aien..never forget them

Air Terjun Jerangkang Pahang:-)

Salam semua. miss Aien tak?hehehe..just nak share dengan u all. Ingat lagi tak yang aien pergi naik broga last week. Tak cukup dengan itu Aien dengan hot&hotties friends pergi ke Air Terjun Jerangkang Maran Pahang. If u guys nak pergi sana senang je naik kereta ikut higway karak dan stop di Maran ada tulis signboard Air Terjun Jerangkang. lagi senang pakai gps.hehehehe..


Next Hiking?

Kami bertolak pada sebelah malam dengan 3 buah kereta.(konvoi).  kami sampai disana pada pukul 4 pagi dan pukul 7 pagi start lah kami menakluki Air Terjun Jerangkang. Kami masuk dalam naik lori..hehehe dah macam minah indon..(oops maaf pak supir) dan mulalah hiking mencari air terjun yang indah.

My Hottie

Alhamdulilah selepas sampai disana first mestilah tengok air terjun. memang cantik u guys..terus sampai memang nak mandi tapi tak boleh coz nak kena pasang khemah untuk malam tersebut. Lepas pasang khemah apa lagi terus terjun mandi manda sampai lupa diri. Malam aktiviti memasak atau bbq sampai kenyang. Lepas kenyang apa lagi tido lah u guys..zzzzzzzz

Air Terjun Jerangkang

Khamis, 28 Jun 2012

;Butterfly



Lirik Lagu Butterfly - Melly Goeslow ft. Andhika Pratama



Ketika waktu mendatangkan cinta
Aku putuskan memilih dirimu
Setitik rasa itu menetes
Dan semakin parah

Bisa ku rasa getar jantungmu
Mencintaiku apa lagi aku
Jadikanlah diriku
Pilihan terakhir hatimu

reff:
Butterfly terbanglah tinggi
Setinggi anganku untuk meraihmu
Memeluk batinmu yang sempat kacau
Karna merindu

Butterfly fly away so high
As high as hopes I pray
To come and reach for you
Rescuing your soul
that previous messed up touching me and you

Jalan ini jauh
Namun kita tempuh
Bagai bumi ini
Hanya milik berdua

Biar ku berlebihan
Mendekatimu
Namun ku tunggu


P/S: if u guys nak tahu lagu ini famous dalam drama Dejayu di Kinabalu setiap hari Isnin-Jumaat 7.00-8.00 malam!!! So jangan lupa saksi kan drama tersebut sambil mendengar lagu Butterfly. 

Rabu, 20 Jun 2012

Broga Hills!!

Kami sudah sampai!! Anda??
 
;Hello World..Apa khabar?? just want share ini last week saya dan kawan-kawan pergi mendaki Broga Hills..memang best u guys.. Broga Hill atau nama saintifiknya Bukit Broga yang lokasinya terletak di Semenyih memang terkenal dikalangan orang kl. Senang jew nak cari just naik Highway Kajang dari my house. If tak pergi memang menyesal taw..hehehe!! 

Broga Gurls
;Kami bertolak pada pukul 5 pagi dari setapak.  Kami menaiki 2 buah kereta.  My bff yang drive, Aien tengok lah map dekat gprs.  Firstly sesat jugak tapi alhamdulilah kira-kira pukul 6.30 kami sampai.  Memang gelap u guys tapi nasib baik ada bawak lampu suluh.  Kami pun mulalah hiking.  Memang mencabar u all.  Setelah berhempas pulas kami mendaki akhirnya pada pukul 7 kami pun sampai keatas puncak tapi sayang masa sampai tak dapat tengok matahari terbit because jerebu tapi takpa we still enjoy( Menuju puncak gemilang cahaya) oops terlebih sudah Aien!!
yeah!! yeah!!!


;Setelah sampai kami rest lah kejap dan take picture..Biasa lah gegurl siap ada video uploads kat you tube lagi..hehehe..Lepas dah bermacam-macam gambar kami ambik, mula lah untuk turun ke bawah..Sampai bawah lapar lah pulak mencari makanan di kedai mamak macam orang sesat di hutan.-)
Gayat tapi snap tetap snap!!


P/s: Aien harap u guys pergi lah Broga Hill..Memang best!! and here i have tips for u:



  • Before pergi pastikan pakai kasut dan stoking(Kasut sukan taw)
  • Sediakan map atau gprs
  • Pastikan membawa air atau makanan diatas(Jangan lah bawak 1 peti ais pulak)
  • Sebelum naik pastikan buat senaman ringan
  • Berhati-hati semasa hiking Broga Hill








Khamis, 14 Jun 2012

Euro 2012 is back!!!!!

;Hye guys...Cuba teka apa yang sedang berlaku sekarang. kedai mamak sibuk buka screen tv besar-besar,  semua orang makan bola, tidur bola ,mandi pun bola..Sampai yang datang office mengantuk sbb tengok bola.
Tak apa bola punya pasal.  boss pun faham because dia pun lambat..hehehe!
Euro pada tahun ini kembali..if u guys nak tahu Euro ini merupakan Piala Eropah yang diadakan 2 tahun sekali.  
Semua orang sibuk memilih pasukan masing-masing. jersi semua habis di jual taw.  Aien pun minat bola juga walaupun kelihatan lembut sedikit
( perasaan awak ini Aien) hehehehe-)
My Captain is a No. 7


;Dalam banyak-banyak team cuba teka lagi which one yang ain minat dan sanggup bersengkang mata demi melihat mereka bermain
( iyo jew aien ini entah-entah pukul 1 dah tido)hehehe.  
Jawapanya adalah team PORTUGAL...Go Portugal Go Portugal..
Why Aien memilih Portugal ini kerana ada Cristiano Ronaldo. 
 Beliau sangat bagus bila bermain dan mempunyai skill yang baik.

Cristiano Ronaldo
;If u guys nak tahu serba sedikit tentang my Captain No 7 bersamaan dengan birthday Aien..hehe Ini Dia:

  • Cristiano Ronaldo dos Santos Aveiro
  • Besday pada 5 February 1985 (age 27)
  • Dilahirkan di Funchal Madeira Portugal
  • Tinggi 6 kaki 1 (1.86 m)
  • Player as captain dan Penyerang
  • Dulu beliau bermain di club Manchester United
  • Memakai Jersi No 7
  • Juga dikenali sebagai "the best player "
p/s:Aien nak pergi cari jersi portugal!!!Go Portugal Go Cristiano Ronaldo Go Aien!!!!

Isnin, 7 Mei 2012

Jangan bersedih..-)




    Dont Be Sad!












    Hye semua. Sorry aien sangat busy tetapi dunt worry Truly Madly Deeply still in my mind. Just to share baru-baru ini ain ada dapat baucer untuk student..so ain gunakan lah sebaik-baiknya..Terima kasih kepada Kerajaan kerana memberi Baucer kepada semua pelajar. Antara buku yang ain beli..cuba teka???jangan sedih ok..Salah satu buku yang ain beli ialah "Jangan Bersedih" (LA TAHZAN) atau seangkatan dengannya ialah DONT BE SAD. And why buku ini ain beli..Ini kerana bohong if ain bagitau dalam hidup ini tak pernah ada perasaan sedih..Jadi apa salahnya ain beli dan share with u guys..


    Buku ini banyak memberi motivasi supaya kita tidak bersedih..Yang lebih menarik buku ini memberi kita semangat yang LIFE MUST GO ON...Rugi untuk bersedih dalam hidup ini..Ain cadangkan bagi sesiapa yang bersedih tolong lah beli buku ini...U feel more better..
    So bersyukur dengan apa yang kita dapat yaa...Jika dengan menangis dapat legakan anda just crying ok! Just Enjoy tis Life..Jangan Bersedih Yaa! ALLAH yang menentukan apa yang terbaik buat kita.

Rabu, 4 April 2012

;Smile-)

Hye Semua..Smile always.Even apa sahaja problem yang sedang anda hadapi bersabarlah yaa..kerana kesabaran itu amat ajaib sekali..Nothing to say just smile ok!!